PENYANYI rap Zizi Kirana mendedahkan dirinya mengalami keguguran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan sekitar akhir tahun 2021.
Jelas Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia tidak menyangka dirinya sedang berbadan dua sehinggalah jatuh sakit.
"Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti.
"Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh... Kemudian ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan saja.
"Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok! Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami.
"Kemudian apabila dah buat appointment doktor, hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil.
"Bila ke hospital, doktor check ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim," kongsinya kepada Gempak.
Zizi ditemui pada pertunjukan fesyen Shanell Harun A Decade Wows & Veils di EQ Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.
"Dua kali saya masuk bilik pembedahan dan kena bius sebab terlalu banyak pendarahan. Saya memang tak sedar.
"Yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap; 'Sayang kena hidup tau... saya tunggu kat luar'.
"Dia pun banyak tenangkan saya dan beri saya semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur," ujar Zizi lagi.
Bagaimanapun, Zizi memberitahu keadaan kesihatannya dan suami, pelakon Yusuf Bahrin dalam keadaan baik dan dia dinasihatkan agar kerap berehat sekiranya hamil dalam masa terdekat.
"Sejak kejadian itu, saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu rapat. Biar ada rehat. Doktor pun nasihati saya rehat betul-betul kalau hamil lagi.
"Alhamdulillah, kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki," tambah Zizi.
Zizi dan Yusuf telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY). -Gempak
Gempak
Tue Oct 24 2023
Zizi memberitahu dia dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak. -Gempak
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Zizi Kirana dedah pernah keguguran, dikejar ke unit kecemasan
Zizi memberitahu dia dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.
Berangkat ke Tanah Suci, Zizi Kirana, Yusuf Bahrin pertama kali buat umrah bersama
Lebih istimewa, Zizi berangkat untuk mengerjakan ibadah itu sehari selepas ulang tahun kelahirannya.
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sudah bernikah
Yusuf dan Zizi memuat naik hantaran yang sama iaitu dua keping gambar bersaiz pasport mengesahkan mereka sudah diijabkabul.
"Asyik tayang aset je, dah tak laku ke?" - Netizen kecam Zizi Kirana
Jika sebelum ini Zizi Kirana pernah menerima foto kemaluan lelaki gara-gara berpakaian seksi, nampaknya penyanyi lagu -Nak Ke Tak Nak- itu masih tidak serik.
'Saya anggap Alif macam adik' - Zizi Kirana nafi punca Alif Hadi bercerai
Bintang realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi Kirana menafikan menjadi punca perceraian pelakon Alif Hadi.